Ekonomi Hijau dalam Heart of Borneo (HoB)

Integrasi antara kerja-kerja pemuliharaan, perkembangan ekonomi dan kesejahteraan komuniti dalam kawasan Heart of Borneo

Koridor Heart of Borneo (HoB) meliputi lanskap hutan seluas 22 juta hektar yang juga merupakan habitat kepada pelbagai kumpulan spesies hidupan liar seperti Orang Utan, Harimau Dahan, Gajah Borneo dan Badak Sumatra. Koridor ini bertujuan untuk mencipta hubungan ekologikal di antara kawasan terlindung di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia. Koridor HoB ini adalah salah satu daripada kawasan pemuliharaan keutamaan global WWF’s dan juga kawasan pembangunan sosio-ekonomi  yang penting bagi penduduk tempatan dan penduduk asli.

WWF team with local community, Song, Sarawak. L. Haqeem

Ekonomi Hijau yang menjadi salah satu agenda koridor HoB akan dibangunkan di tapak seluas dua juta hektar, merangkumi kawasan dari bahagian utara Kalimantan Barat hingga ke tengah Sarawak. Projek ini dibiayai di bawah Inisiatif Iklim Antarabangsa, oleh Kementerian Persekutuan Jerman untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi serta Pembinaan dan Keselamatan Nuklear.

Projek ini juga bertujuan untuk membangunkan konsep pengurusan ekonomi hijau berdasarkan penggunaan tanah serta pelan pengurusan, yang turut mempromosi pertumbuhan ekonomi yang mesra alam menerusi koridor ini.

Empat penyampaian utama projek ini ialah :

  1. Pelan penggunaan tanah dan pengurusan berdasarkan konsep ekonomi hijau yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa kerajaan.
  2. Sektor minyak sawit dan balak di rantau ini mempunyai peningkatan kesedaran dan kapasiti untuk mengamalkan aktiviti perniagaan mesra alam.
  3. Komuniti tempatan diperkasakan untuk bekerjasama menguruskan sumber semulajadi dengan cara yang mampan dan berdasarkan konsep ekonomi hijau.
  4. Pembangunan ekonomi hijau dalam pelan penggunaan tanah dan pengurusan boleh direplikasi di seluruh HoB, khususnya di dalam kawasan pemuliharaan yang menjadi kepentingan kritikal untuk komuniti kebangsaan.
River transport, Batang Ai, Sarawak. M Sedgwick

Manfaat projek

  • Projek ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana pembangunan ekonomi yang mampan dapat diintegrasikan dengan pemuliharaan, dan akhirnya menghasilkan faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam koridor HoB.
  • Projek ini juga dijangka dapat menyumbang kepada lima tonggak Pelan Tindakan HoB, seperti yang disokong oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia.
  • Tonggak pengurusan HoB termasuk; Pengurusan antara sempadan; Pengurusan kawasan terlindung; Pengurusan sumber yang mampan; Ekopelancongan; dan Pembinaan kapasiti.

Fasa pertama projek

  • Jambu, enjoyed by Orang Utan, Batang Ai, Sarawak. M Sedgwick

    Fasa pertama projek ini melibatkan aktiviti mengenalpasti sumber semula jadi dan sosial di kawasan projek, yang akan melibatkan pihak berkepentingan dalam proses perancangan Pendekatan Landskap.

Fasa pertama projek yang akan disiapkan di Sarawak termasuk:

  • Penilaian sumber semulajadi, termasuk tinjauan terperinci terhadap biodiversiti di daerah Balleh dan Song -Katibas
  • Penilaian kesan sosial di kawasan Song -Katibas
  • Penglibatan berterusan pihak berkepentingan untuk memupuk sokongan bagi proses perancangan landskap

Fasa pertama projek yang akan disiapkan di Kalimantan Barat termasuk:

  • Penilaian terhadap modal semulajadi dan sosial di rantau Kapuas Hulu
  • Rancangan penggunaan tanah Agropolitan untuk pembangunan konseptual kawasan Kapuas Hulu. Konsep Agropolitan ini akan melibatkan perancangan guna tanah untuk pemuliharaan pertanian dan biodiversiti yang mampan
  • Penglibatan pihak berkepentingan yang berterusan untuk membinasokongan kepada proses perancangan penggunaan tanah Agropolitan

Fasa kedua projek

  • Fasa kedua projek ini akan melibatkan analisa spatial yang signifikan dengan khidmat nasihat pihak yang berkepentingan untuk membangunkan pelan penggunaan tanah dan pengurusan berdasarkan ekonomii hijau.
  • Sepanjang projek ini, WWF akan bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti tempatan untuk mempromosikan pengeluaran minyak kelapa sawit dan balak secara mampan serta meningkatkan kapasiti masyarakat setempat untuk menguruskan sumber semula jadi secara lestari.

Apakah Kawasan Agropolitan?

  • Kawasan Agropolitan adalah konsep perancangan spatial yang matang, yang muncul semula sebagai potensi penyelesaian kepada perancangan tanah pada akhir 1970-an. Kawasan Agropolitan adalah wilayah yang direka untuk menggabungkan kampung, pengeluaran pertanian dan pengurusan sumber semula jadi. Kawasan ini direka untuk menggalakkan pertumbuhan penduduk, merangsang ekonomi luar bandar dan tidak berpusat di kawasan Bandar sahaja.
  • Kawasan Agropolitan juga adalah model perancangan guna tanah yang popular di Indonesia, dan kerajaan Indonesia secara rasminya membangunkan zon strategik Agropolitan, yang dirancang untuk menghasilkan komoditi khas bagi menempatkan populasi penduduk yang semakin meningkat.
  • Proses perancangan guna tanah yang berkaitan dengan pembangunan Kawasan Agropolitan yang baharu ini juga menawarkan peluang untuk melindungi habitat secara strategik serta merancang pembangunan ekonomi yang mampan.