Permintaan untuk pembangunan ekonomi di Sarawak dan Kalimantan Barat mengakibatkanaktiviti penebangan hutan di koridor Heart of Borneo semakin berleluasa.
Syarikat dan pekebun kecil menebang hutan bernilai tinggi untuk mendapatkan sumber kayu, dan menanam tumbuhan komoditi seperti kelapa sawit.
WWF percaya bahawa aktiviti penebangan hutan ini dapat dikurangkan sekiranya masyarakat setempat dapat menjana pertumbuhan ekonomi daripada industri bebas penebangan hutan (atau industri hijau).
Halangan terhadap pembangunan semula jadi industri hijau di Sarawak dan Kalimantan Barat telah dikenalpasti seperti berikut:
- Masyarakat tempatan dan kumpulan masyarakat pribumi tidak mempunyai keupayaan untuk merancang dan melaksanakan ekonomi hijau
- Kurangnya pelan guna tanah dan kapasiti pengurusan sumber asli daripada pihak kerajaan
- Pengeluar komoditi memandang rendah terhadap potensi pasaran ekonomi hijau
- Kawasan serantau tidak mempunyai contoh industri ekonomi hijau yang baik.
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi hijau?
Laporan Ekonomi Hijau UNEP (2011) mendefinisikan ekonomi hijau sebagai “ekonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi”.
Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semulajadi. Ekonomi hijau mengutamakanpembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semulajadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan.
Aspek utama ekonomi hijau adalah penekanannya untuk mengekalkan sumber semulajadi bagi menjamin pertumbuhan hijau dan kemakmuran jangka panjang.
Rajah berikut menunjukkan komponen penting dalam ekonomi hijau (Heart of Borneo: Melabur Dalam Alam Sekitar untuk Ekonomi Hijau WWF 2012).
Konsep ekonomi hijau untuk Heart of Borneo
Pada tahun 2014, WWF menerbitkan Heart of Borneo: Melabur Dalam Alam Sekitar Untuk Ekonomi Hijau. Laporan ini merumuskan penemuan berdasarkan projek yang dijalankan selama dua tahun yang menganalisis implikasi ekonomi hijau di HoB. Analisis ini termasuk pemodelan senario penggunaan tanah baru dan penyelidikan berasaskan penyertaan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
Laporan 2014 boleh didapati di http://wwf.panda.org/?212510/Investing-in-Nature-for-a-Green-Economy
Industri berasaskan sumber semulajadi
Laporan ini mengenal pasti sumber semulajadi yang signifikan di dalam HoB, termasuk hutan, mineral, tanah, air, kayu, biodiversiti, makanan, habitat dan penyerapan karbon. Laporan ini juga mengenal pasti industri hijau berikut yang boleh dibina menggunakan sumber semula jadi HoB:
- Gaharu – pokok-pokok inokulasi dan penanaman
- Pensijilan kepada pengeluar koko agro-hutan
- Sistem tagal & akuakultur sangkar untuk ikan Empurau
- Ekopelancongan berasaskan komuniti
- Perkhidmatan pemulihan ekosistem
- Melindungi dan memulihkan konsesi pembalakan yang terbengkalai
- Biobanking
- Bioprospeksi
-
Pensijilan kepada bekalan produk kayu yang mampan
- Pensijilan kepada penanaman kelapa sawit yang mampan
- Pembangunan empangan hidro yang mampan
- Aktiviti perlombongan yang mampan
- Tenaga dan biogas
- Tenaga hidro mikro
Penemuan utama
Laporan itu mendapati bahawa ekonomi hijau dapat mengurangkan kemiskinan, meningkatkan pertumbuhan, mengimbangi ekonomi tempatan dan menyokong mitigasi / adaptasi perubahan iklim. Secara khususnya penilaian itu mendapati bahawa melabur dalam modal semula jadi boleh:
- mengurangkan kos akan depan kepada perniagaan, isi rumah dan kerajaan
- Peningkatan hasil dari industri hijau dan industri berasaskan biodiversiti pada masa hadapan
- meningkatkan hasil tanaman dan penggunaan tenaga yang lebih rendah di dalam negeri
- menyokong transformasi kepada ekonomi yang lebih adil dan saksama
Model ekonomi hijau
Ekonomi hijau secara idealnya merangkumi pelbagai industri hijau. Ekonomi hijau di HoB boleh termasuk membataskan pembangunan minyak sawit ke kawasan yang terdegradasi; meningkatkan pensijilan terhadap pengeluaran minyak kelapa sawit dan kayu; Melindungi dan memulihkan konsesi hutan terbiar; Mengurangkan penggunaan baja dan racun perosak; menambah baikamalan perlombongan; Mengutamakan pelaburan dalam kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui; Dan mengembangkan industri berasaskan biodiversiti seperti eko-pelancongan.
Projek Ekonomi Hijau HoB ini ditubuhkan berdasarkan komitmen jangka panjang WWF terhadap ekonomi hijau untuk Heart of Borneo, dengan menggalakkan kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk merancang ekonomi hijau serantau, dan mewujudkan persekitaran di mana ekonomi hijau dapat dibangunkan dengan makmur.
Perancangan dan tadbir urus
Untuk menjana ekonomi hijau yangmengguna dan melindungi sumber semulajadi secara langsung, pengguna sumber semula jadi mesti mencari mekanisma yang effisien dalam pengunaan sumber semula jadi. Proses ini boleh bermula dengan membangunkan inventori sumber semula jadi, dan kemudiannya menggunakan Pendekatan Landskap untuk membangunkan pelan guna tanah dan pengurusan untuk pihak berkepentingan yang ingin mengakses sumber semulajadi ini. Pertumbuhan ekonomi hijau juga memerlukan pelaburan dalam insentif, infrastruktur, peraturan dan kepatuhan.