FSC ditubuhkan pada tahun 1993 apabila sekumpulan ahli perniagaan, pencinta alam sekitar dan ketua masyarakat mengambil keputusan untuk membangunkan pendekatan berasaskan pasaran untuk memperbaiki amalan berkaitan dengan hutan. Hari ini, FSC beroperasi di 80 buah negara dan sangat dekat dengan industri perkayuan.

FSC menyediakan sistem pensijilan yang akan menyokong aktiviti pengeluaran dan pemprosesan produk perkayuan secara mampan. FSC juga memastikan agaraktiviti penuaian produk perkayuan dan bukan perkayuan akan mengekalkan biodiversiti, produktiviti dan proses ekologikal hutan.

Bagaimana FSC berfungsi?

FSC telah mengadakan sistem pensijilan untuk pengurusan hutan dan rangkaian penjagaan. Kedua-dua sistem ini boleh diintegrasikan untuk mengesahkan keseluruhan rangkaian bekalan, ataupunĀ  digunakan secara bebas oleh pengeluar kayu atau dalam aktiviti perdagangan kayu. Kedua-dua sistem ini juga memerlukan juruaudit bebas bagi mengesahkan produk yang menerima sijil daripada FSC memenuhi keperluan standard, prinsip dan kriteria yang telah ditetapkan oleh FSC.

Pensijilan Pengurusan Hutan

10 Prinsip Pengurusan Hutan menekankan bahawa setiap organisasi :

  1. Mematuhi semua undang-undang yang diguna pakai; peraturan dan triti antarabangsa, konvensyen dan perjanjian yang disatukan
  2. Mengekalkan atau meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi pekerja.
  3. Mengenal pasti dan menegakkan hak undang-undang dan adat pemilikan, penggunaan dan pengurusan tanah, wilayah dan sumber yang terjejas akibat aktiviti pengurusan
  4. Menyumbang dalam mengekalkan dan meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi komuniti tempatan.
  5. Menguruskan pelbagai produk dan perkhidmatan hutan untuk mengekalkan atau meningkatkan daya maju ekonomi jangka panjang dan kepelbagaian alam sekitar dan faedah sosial
  6. Mengekalkan, melestarikan dan/atau memulihkan perkhidmatan ekosistem dan nilai persekitaran hutan, dan harus mengelakkan, memperbaiki dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
  7. Mempunyai pelan pengurusan yang konsisten dengan polisi dan objektif serta sesuai dengan skala, intensiti dan risiko daripada aktiviti pengurusan.
  8. Menunjukkan bahawa, kemajuan ke arah mencapai objektif pengurusan, impak aktiviti pengurusan dan keadaan hutan, dipantau dan dinilai secara seimbang mengikut skala, intensiti dan risiko aktiviti pengurusan, dalam melaksanakan penyesuaian pengurusan
  9. Mengekalkan dan /atau meningkatkan Nilai Pemuliharaan yang Tinggi di dalam hutan dengan menggunakan pendekatan pencegahan.
  10. Mengurus dan melaksanakan aktiviti yang selaras dengan dasar dan objektif ekonomi, alam sekitar dan sosial organisasi dan mematuhi Prinsip dan Kriteria secara kolektif.
Tropical rainforest near Berau demonstrating environmental and social functions of pre-FSC certification. East Kalimantan. Indonesia

Rantaian Penjagaan Pensijilan

Sistem Rantaian Pensijilan Penjagaan telah direka untuk membantu organisasi mengakses pasaran yang peka terhadap isu alam sekitar atau sosial . Pensijilan Rantaian Penjagaan adalah komponen penting dalam kontrak bekalan yang semakin banyak dikeluarkan oleh organisasi yang progresif. Sistem pensijilan ini juga sangat fleksibel dan membolehkan pensijilan organisasi (dan rangkaian perbekalan mereka) atau projek individu (contohnya bangunan). Sistem ini juga mempunyai proses untuk menggabungkan produk bukan-FSC dan produk kayu kitar semula.