Apakah Pendekatan Stok Karbon Tinggi (HCS)?
Pendekatan HCS adalah suatu kaedah untuk membezakan antara hutan yang berharga untuk perlindungan, dan hutan yang terdegradasi dengan nilai karbon dan biodiversity yang rendah. Pendekatan ini dibangunkan untuk lanskap hutan yang berpecah di kawasan tropika lembap dan telah disahkan di Indonesia, PNG, Liberia, Nigeria dan Kepulauan Solomon. Pendekatan ini menggunakan data satelit dan pemerhatian lapangan untuk membahagikan tumbuhan kepada enam kelas hutan yang berlainan.
Pendekatan ini juga adalah alat sokongan keputusan yang penting, yang telah dibangunkan untuk membantu pengeluar pertanian mengelak daripada meneroka hutan bernilai tinggi ketika mencari kawasan baharu untuk pembesaran kawasan pertanian. Pendekatan HCS turut membantu pengeluar mengenal pasti dan mengelakkan kawasan hutan bernilai tinggi supaya program pembangunan tidak akan bertentangan dengan komitmen/dasar “tiada penebangan” (iaitu hanya hutan terdegradasi bernilai rendah sahaja yang dibangunkan).
Bagaimana pendekatan HCS berlainan daripada pendekatan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (HCV)?
Pendekatan HCV adalah suatu proses di mana HCV itu dikenal pasti, diuruskan dan dipantau. Penilaian HCV melibatkan konsultasi daripada pihak berkepentingan, analisis maklumat yang sedia ada dan pengumpulan data setempat jika diperlukan.
Tujuan awal Pendekatan HCV adalah untuk mengenal pasti bidang yang boleh memberi:
- Diversiti spesies
- Ekosistem bertahap lanskap
- Ekosistem / habitat yang jarang ditemui
- Perkhidmatan ekosistem yang penting
- Keperluan hidup komuniti
- Nilai kebudayaan
Kedua-dua pendekatan HCV dan HCS adalah alat pembuat keputusan bagi pemulihaaran yang digunakan untuk mengenal pasti dan melindungi hutan, dan juga kedua-duanya menggunakan konsultasi komuniti, pemetaan tanah, analisis dan beberapa kaji selidik lapangan untuk menggambarkan hutan yang bernilai tinggi.
Perbezaan sebenar antara dua kaedah ini adalah cara ianya mengklasifikasikan kelas tumbuhan. Kaedah HCV mengklasifikasikan tumbuhan berdasarkan atribut dan fungsi ekosistem manakala kaedah HCS pula mengklasifikasikan tumbuhan berdasarkan potensi stok karbon dan keadaan tapak.
Evolusi HCS
Kit terbaharu kaedah HCS telah dilancarkan pada Mei 2017, hasil rundingan secara meluas dengan pihak yang berkepentingan dan beberapa ujian lapangan. Pendekatan baru ini menggabungkan alat membuat keputusan pemuliharaan yang lain seperti HCV dan Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Dimaklumkan (FRIC).
Pendekatan HCS ini dijangka akan terus diperluaskan bukan sahaja untuk tanaman kelapa sawit dan perkayuan malahan akan turut diguna pakai oleh pengusaha getah dan soya yang merancang penukaran hutan di masa hadapan.
Peranan HCS dalam pendekatan landskap
Rancangan penggunaan semula tanah di peringkat landskap tidak akan menggunakan sepenuhnya kaedah HCS memandangkan kajian lapangan terperinci yang diperlukan untuk mengklasifikasikan kelas tumbuhan. Penggabungan prinsip-prinsip pendekatan HCS ke dalam mana-mana proses perancangan guna tanah boleh menghasilkan perspektif yang berharga untuk keputusan skala landskap. Mengklasifikasikan landskap berdasarkan potensi stok karbon, dapat membantu proses mengenal pasti rancangan guna tanah dan mengutamakan kawasan hutan yang bernilai tinggi.