Globallandusechange.org menunjukkan beberapa projek bertahap lanskap oleh WWF Jerman yang dibiayai oleh Inisiatif Iklim Antarabangsa (IKI). Kebanyakan projek di dalam laman ini adalah merentasi sempadan dan melibatkan pelbagai Negara.

Perubahan penggunaan tanah daripada bidang pertanian dan pembesaran bandar telah mentransformasikan ekosistem di seluruh dunia – dari hutan hujan di Indonesia dan Malaysia hingga ke padang rumput tropika di Kolombia dan tanah lembap di Paraguayan – dengan implikasi negatif yang mendalam untuk perubahan iklim, biodiversiti dan ekonomi luar bandar.

Kerja-kerja lanskap WWF bertujuan untuk menyepadukan aktiviti-aktiviti pemuliharaan, penggunaan tanah secara mampan dan jika diperlukan, memulihkan lanskap untuk mengekalkan biodiversiti, perkhidmatan ekosistem dan ekonomi tempatan.

Penyelesaian di peringkat lanskap memerlukan golongan berkepentingan daripada masyarakat awam, kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk mencari penyelesaian dan menangani cabaran yang kita hadapi sekarang ini. Kunci utama projek lanskap ini adalah untuk mengumpulkan kesemua pihak berkepentingan bagi membincangkan berkenaan dengan cabaran sekaligus mencipta kolaberasi serta penyelesaian jangka panjang untuk alam sekitar..

IKI adalah kunci kepada pembiayaan komitmen Jerman dalam rangka kerja Konvensyen  Kepelbagaian Biologi.

Inisiatif ini memberikan penekanan yang jelas terhadap pengurangan perubahan iklim, penyesuaian diri dengan kesan perubahan iklim dan perlindungan untuk kepelbagaian biologi.

Usaha-usaha ini menyediakan pelbagai faedah bersama, terutamanya dari aspek peningkatan keadaan kehidupan di negara-negara jiran.